Keroppi


Sunday, December 25, 2011

That what i call stress

- tajuk menggambarkan kestressan aku, (ko ada) hahaha
- mestilah adakan, manelah orang tak stress
- tapi semua berbeza ikut pengalaman, situasi dan cara hidup masing2
- lama ni aku kira agak cool (puji jap, bab takde org len yang sudi memuji, hahaha)
- tapi hari jumaat lepas, taham fonin aku dah tahap toing..toing.. dah
- tak tahan lah gamaknya
- mane tak nya, berapa banyak keja aku kena settle sorang2 n kene hantar minggu depan pulok dah..
- tu yang kasi panas sampai kepala
- sampai aku kol 'dia' bukan nama sebenar.. hahaha...
- kesian dia aku dok beleteyk... tapi lepas tu aku terdiam lak kena ceramah balik... hahaha..
- nasib r, sapa suruh cari pasal kan..
- tapi dia dapat tenang kan aku dalam satu hal...
- aku pn kena tenang kan diri kan, jadi aku teringat bos aku punya prinsip...


Have two principles in work:

1- Boss always right
2- If you think that your boss is not right, just refer back to principle no. 1...


Senang je kan.. kalau aku tiba-tiba duk kalut, sekarang aku guna lah dua prinsip yang di atas... nak wat camner kan... takpe, lepas ni aku buka kandang kambing, aku sendiri lak jadi boss... Boss kambing.. Embekkkkkk...  

Friday, December 2, 2011

Get Married

! Sekali aku tengok cerita memang susah nak berhenti.
! Malam tadi tiba-tiba aku teringin nak tengok cerita indon 'Get married'.
! Jadi aku search lah, tp hampa. tak jumpa yang G.M 1.
! Jadi aku buat kesimpulan sediri tengok cerita tu kat you-tube..
! Babak pertama:



! jam dah masuk jam 4 pg, baru habis, tu pun aku men forward. ngeh3
! Sejujurnya memang agak best lah cerita ni.
! Walaupun satu tahap agak mengarut. hehehe
! aku suka semangat setia kawan yang diorang terap.
! So sweet.
! Biasakan kita dengar persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak akan berlaku.
! Tapi dalam cerita ni, ia berlaku.
! Dan aku harap sangat aku pun akan dapat persahabatan macam tu.
! Persahabatan berasaskan sayang sesama sahabat.
! Bab aku ada seorang sahabat yang aku harap tak akan berubah sampai bila-bila.
! Tapi kalau dah kawen mesti lah ada perubahan.
! Maksud aku, aku nak kitorang kawan sampai bila2.
! Kalau anak kitorang pat kawan sekali pun best.
! Sebab bagi ku, dia adalah sahabat lelaki aku yang special.
! Tak ada jumpa lagi dengan seseorang yang aku boleh rapat macam tu.
! Awak, promise eyh, kita kawan sampai bila... amin...
! Semua tu ALLAH punya kuasa.. 




Budak yang Dibesarkan

@ Macam pelik tapi pernah berlaku.
@ Tak percaya???
@ Cuba tengok cita 'honey i blew up the kid'. Hehehe...
@ Tak pernah tengok download kat sini:





@ Tadi aku tengokcita ni kat t.v3.
@ Lama tak tengok.
@ Teringat zaman kecik ku dulu.
@ Budak yang dibesarkan tapi tetap comel.
@ Comel lah sangat.
@ Sekarang baru aku terfikir, lau dulu suma je caya kan.
@ Bila tengok cita ni masa kecik sangat dulu, terfikir jugak benda ni tol2 terjadi.
@ Biasalah masa tukan lurus sangat.
@ anak buah aku pun da cakap, dulu kalau kita tengok topi si bapak dalam cita ni rasa macam hebat je.
@ Tapi sekarang, mesti fikir, ape entah, tak hebat langsung. hahaha..
@ Zaman dewasa yang terlalu serius.
@ Tapi masa tengok cita ni tadi, aku tetap seronok.
@ Tengok sampai habis k. hahaha...
@ Cita ni tahun 1992, masa tu aku baru darjah 1 aku rasa. Tapi sebelum cerita ni da cerita si bapa kecik kan anak dia, tu pun hebat... 

~~~Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat seronok~~~

Busybody vs. Take Care

# Macam biasa tengok je tajuk blog aku kan.
# Aku saje je, nak kasi fikir kejap...
# Semalam aku terkejut lah, da seorang hamba ALLAH ni tagged gambar kat aku supaya like gambar budak.
# Aku tengok nama dia langsung aku tak kenal.
# Jadi aku buat 'dek' jelah mula nya.
# Al-kisah aku masih gak tertanya2 sapa kah gerangan nya.
# Rasa ingin tahu katakan a.k.a busybody mode da...
# Jadi rasa ingin tahu tu bawak aku klik kat profile hamba ni.
# Sekali aku tengok gambar dia, suma gambar berpurdah.
Bahasa Arab:Purdah disebut sebagai Niqab
# Makin lah aku tertanya-tanya, sapakah sahabat ku yang berpurdah.
# Pastu aku g usha lak kat wall dia...
(memang tgh dalam mode busybodylah aku, 'tapi' rasa ingin tahu aku memuncak lah pulak, pelik kan)
# Kat wall dia aku jumpalah da org komen, dalam bahasa fav aku (tentulah bahasa melanau, aku kan gadis melanau, walau tak berapa original lah, bab kadang2 broken melanau jugak aku lantak. hiii) 
# Kalau camtu mesti dia orang kampung aku, tp siapa ya... kemushkilan melanda... urm...
# Lagi2 busybody mode, urm... aku tengok relationship dia, mana tau aku kenal sapa2.. tapi sah2 aku tak kenal sorang pun.
# Jadi aku bertekad nak buat penyiasatan secara terperinci (cewah, ala2 007 lak,layak tak rasanya??? hahaha... perasan!!)
# Aku g usha gambar org terdekat dengan dia...
# Usha punya usha punya usha...(ade gak berapa kali round entah gambar/album mak dia aku tgk...)
# Kebanyakan ada dia aku pat tangkap bab dia sorang je guna purdah. hihihi..
# Dah pusing2 tgk, mujur jugak aku terjumpa 1 gambar ni, yang da gambar dekat dia.
# Aku tenung tol2.. tenung punya tenung, punya tenung, punya tenung... urm.. berapa kali punya tenung lah.. 3 kali je... heee...Subahanallah... rupanya kawan aku masa belajar lu.. (dapat juga aku teka akhirnya, dari mata je tu, maksud nya ku take care ngan kawan2 aku, wlau dengan mata aku dapat kenal dia.. hahaha... bangga sey)
# Besar kuasa ALLAH kan.
# Lama aku tak jumpa dia, tp aku tak heran sgtlah dia pakai purdah, bab dia mmg bek n masa belajar dulu dia memang bertudung labuh, ayu gitu.
O.K tak???
# Sapa kata budak 'Engineering' tak leh tudung labuh.. habaq mai, sapa berani cakap mcm tu...
# Tapi penghijrahahan dia mmg aku senyum dan syukur.
# Aku bangga ada kawan macam tu.. 
# Dalam lubuk hati aku, tefikir lak, bila kah hati aku akan kuat buat benda yang sama.
# Dalam hati memang dah ada, tp entah.. aku sendiri pn tak ada jawapan nya...
# Tapi aku secara iklas dan jujurnya wanita bertudung labuh dan bernikab itu cantik.. aku suka sangat tengok.. hihihi..
# kesimpulan dari cerita ni: Kalau aku masuk CSI aku diterima tak agak nya??? hahaha...

~~~~~~~~Dunia ini adalah Hiasan dan Sebaik-baik hiasan adalah Wanita Solehah~~~~~ InsyaALLAH... Semoga kita semua menjadi salah seorang di kalangan mereka... (^_^)






Monday, November 28, 2011

Aku Suka Bila kau Cemburu

& Orang cakap, "Cemburu tu berpada".
& Masalahnya jugak bila dia tak cemburu kan.
& Patut pun kawan aku selalu cakap, perempuan ni sukar dimengerti.
& Cemburu bising, tak cemburu pun bising.
& Aku lak kalau dia ada bunyi cemburu aku suka, bab aku rasa pa yang dia rasa.
& Jadi aku tak akan buat dia selalu cemburu.
& Bab aku tak lah jahat sangat kot. hihihi.. (^_^)
& Aku nakal sikit je.
& Yang aku tahu antara kami rahsianya tak banyak. (mesti lah da lagi rahsia, klu da suma bukak karang, pa yang tinggal kalau dah nikah karang kan)
& Aku nak kenal dia dan dia perlu kenal aku.
& Supaya kitorang takkan ada rasa serba salah dalam perhubungan.
& Sebab lau kawan-kawan yang dah kawen cakap, sekarang korang tak biasa, tapi karang kalau dah nikah benda tu dah jadi biasa n korang akan faham sesama sendiri.
1+10=11
& Itu yang aku tunggu kot.
& Tapi langkah ku agak jauh lagi. InsyaALLAH... Mudahan doa aku, dia, keluarga dan bakal keluargaku akan dimakbulkan..
& Semoga kami diijab kabul dengan selamat.
& Tiap kali aku dengar atau sebut 'Ijab Kabul' aku mesti rasa gelabah tapi seronok. Hahaha.. gatai..
& Macam ni ke rasa orang yang akan tempuhi alam yang satu tu.
& Permulaan alam percintaan. Cewah.. hahaha...
& Pa pun aku bersyukur bertemu dia, insan yang akan bersama dengan ku tempuhi hidup kemudian.
& Doa kesyukuran ku panjatkan kepada maha Pencipta kerana menemukan aku dengan nya, walau pun aku asyik kena buli.. Waaaaa...
& Aku suka bila dia buli, bab aku pun dua kali lima.. bergurau katakan. hahaha..
& Aku suka dia cemburu, tapi kadang-kadang kesian, tapi aku sentiasa berharap dia akan paham, kerana sekarang hanya dia. dah kena cop mohor dah, temporary.. hahaha..
& Permanent, akan datang le.. InsyaALLAH.. Doa-doakan ye..



Thursday, November 24, 2011

Hai Blogger...

Yo, what's up geng?
  • Lama dah tak menulis.
  • Kepala dah beku gak.
  • Aku pun tak tau dah ape yang nak aku coretkan... 
  • Kadang2 aku lupa gak aku ada blog. huhuhu
  • Ku nak buat keje syok sendiri jap..
  • Lepas ini aku akan cuba mula utk update segalah berbuatan dan kelakuan aku.
  • Kenangan aku... Cerita aku.. Aku menangis  Aku Ketawa...


***Kehidupan itu terselit cerita yang akan kita akan ingat walau dalam jangka masa yang lama atau sepitas kilat***

Sunday, September 4, 2011

Daro-Sarikei-Kuching


  • Lama dah tak mencoretkan / menconteng.
  • Malam ni rasa rajin sikit (sebenarnya tak pat tido... lam bas tadi melantak tido yang amat)
  • Aku baru balik dari Kampung, balik raya you...
  • Jiwa masih kat kampung lagi ni
  • Rasa tak puas(biasalah, manusia sll rasa tak puas memanjangkan.. ish3)
  • Perjalanan Daro-Sarikei relex je.. kebetulan feri tak r lama tunggu... just kena tahan bau rokok er... (lau org tu baca tau la sapa)
  • Batuk ku sampai sekarang tak ilang2 dh...
  • Tido semalam kat Sarikei
  • Sarikei - Kuching (Bas Bintang Jaya, 1500)
  • Tapi bas pandai lak melewatkan keadaan... punya lah lama aku ngan abang menunggu, dekat kol 1600 baru lah datang... kesian tgk abg kena tunggu..
  • abeh, bas yang sepatutunya bertolak kol 1500, kena bertolak kol 1600..
  • Alahamdulillah, kol 2130 sampai Kuching.. (5 jam 1/2)
  • Lama dah aku tak naik bas.. pening gak kepala ni..
  • dah anak gadis belakang kerusi aku duk pancit minyak wangi je sepanjang perjalanan.. entah.. aku dh naik mual dah.. dh r memeng sgt lah mewangi n meloyakan.. tp mujur r pat tahan... klu tak terpaksalah penumpang len menghidu aroma yang sukar di cari... aroma minyak wangi asli.. hahaha
  • Dekat nak sampai Kuching, kena tahan polis lak.. sanya OPS sikap kot...
  • Kitorang di arahkan keluar kan kad pengenalan (rasa pendatang lak), al kisah budak duduk sebelah aku ni, punyalah nervous, sampai tak jumpa i.c dia.. cian aku tengok dia mengelabah.. macam r dia buat salah..
  • dalam beberapa saat gak abang polis tu tunggu dia ambik i.c
  • akhenya jumpa, tp dia tunjuk belakang i.c kat abang polis tu
  • bila saja abag polis tu belah dia boleh tanya dengan selamba kat aku, apa yang terjadi...
  • aku mana lah tahu.. aku pn duduk tepi dia je.. dah r tanya dengan muka blur.. rasa nak ketawa je, tp kesian gak... muka dia masih polos lagi.. hahaha...
  • tp alhamdulillah kitorang tak kena tahan lama sangat.. klu kena tahan sampai pagi kat balai, da gak buat pengalaman.. hahaha...
  • aku dh fikir dh, lau kena tahan terpaksa kol opis ckp tak pat pergi kerja sok.. hahaha
  • Tp, alahamdulillah, aku dh selamat sampai rumah dah sekarang ni...
  • ni dh bersedia nak tido dah..
  • Bulan 9 datang dengan senyuman..
  • Bulan yang sibuk untuk aku...
  • Esok dah keja dah, mood ni masih raya pulak.. hahaha
  • Apa2 pn.. selamat hari Raya... maaf Zahir & Batin..