Keroppi


Sunday, December 25, 2011

That what i call stress

- tajuk menggambarkan kestressan aku, (ko ada) hahaha
- mestilah adakan, manelah orang tak stress
- tapi semua berbeza ikut pengalaman, situasi dan cara hidup masing2
- lama ni aku kira agak cool (puji jap, bab takde org len yang sudi memuji, hahaha)
- tapi hari jumaat lepas, taham fonin aku dah tahap toing..toing.. dah
- tak tahan lah gamaknya
- mane tak nya, berapa banyak keja aku kena settle sorang2 n kene hantar minggu depan pulok dah..
- tu yang kasi panas sampai kepala
- sampai aku kol 'dia' bukan nama sebenar.. hahaha...
- kesian dia aku dok beleteyk... tapi lepas tu aku terdiam lak kena ceramah balik... hahaha..
- nasib r, sapa suruh cari pasal kan..
- tapi dia dapat tenang kan aku dalam satu hal...
- aku pn kena tenang kan diri kan, jadi aku teringat bos aku punya prinsip...


Have two principles in work:

1- Boss always right
2- If you think that your boss is not right, just refer back to principle no. 1...


Senang je kan.. kalau aku tiba-tiba duk kalut, sekarang aku guna lah dua prinsip yang di atas... nak wat camner kan... takpe, lepas ni aku buka kandang kambing, aku sendiri lak jadi boss... Boss kambing.. Embekkkkkk...  

Friday, December 2, 2011

Get Married

! Sekali aku tengok cerita memang susah nak berhenti.
! Malam tadi tiba-tiba aku teringin nak tengok cerita indon 'Get married'.
! Jadi aku search lah, tp hampa. tak jumpa yang G.M 1.
! Jadi aku buat kesimpulan sediri tengok cerita tu kat you-tube..
! Babak pertama:



! jam dah masuk jam 4 pg, baru habis, tu pun aku men forward. ngeh3
! Sejujurnya memang agak best lah cerita ni.
! Walaupun satu tahap agak mengarut. hehehe
! aku suka semangat setia kawan yang diorang terap.
! So sweet.
! Biasakan kita dengar persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak akan berlaku.
! Tapi dalam cerita ni, ia berlaku.
! Dan aku harap sangat aku pun akan dapat persahabatan macam tu.
! Persahabatan berasaskan sayang sesama sahabat.
! Bab aku ada seorang sahabat yang aku harap tak akan berubah sampai bila-bila.
! Tapi kalau dah kawen mesti lah ada perubahan.
! Maksud aku, aku nak kitorang kawan sampai bila2.
! Kalau anak kitorang pat kawan sekali pun best.
! Sebab bagi ku, dia adalah sahabat lelaki aku yang special.
! Tak ada jumpa lagi dengan seseorang yang aku boleh rapat macam tu.
! Awak, promise eyh, kita kawan sampai bila... amin...
! Semua tu ALLAH punya kuasa.. 




Budak yang Dibesarkan

@ Macam pelik tapi pernah berlaku.
@ Tak percaya???
@ Cuba tengok cita 'honey i blew up the kid'. Hehehe...
@ Tak pernah tengok download kat sini:





@ Tadi aku tengokcita ni kat t.v3.
@ Lama tak tengok.
@ Teringat zaman kecik ku dulu.
@ Budak yang dibesarkan tapi tetap comel.
@ Comel lah sangat.
@ Sekarang baru aku terfikir, lau dulu suma je caya kan.
@ Bila tengok cita ni masa kecik sangat dulu, terfikir jugak benda ni tol2 terjadi.
@ Biasalah masa tukan lurus sangat.
@ anak buah aku pun da cakap, dulu kalau kita tengok topi si bapak dalam cita ni rasa macam hebat je.
@ Tapi sekarang, mesti fikir, ape entah, tak hebat langsung. hahaha..
@ Zaman dewasa yang terlalu serius.
@ Tapi masa tengok cita ni tadi, aku tetap seronok.
@ Tengok sampai habis k. hahaha...
@ Cita ni tahun 1992, masa tu aku baru darjah 1 aku rasa. Tapi sebelum cerita ni da cerita si bapa kecik kan anak dia, tu pun hebat... 

~~~Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat seronok~~~

Busybody vs. Take Care

# Macam biasa tengok je tajuk blog aku kan.
# Aku saje je, nak kasi fikir kejap...
# Semalam aku terkejut lah, da seorang hamba ALLAH ni tagged gambar kat aku supaya like gambar budak.
# Aku tengok nama dia langsung aku tak kenal.
# Jadi aku buat 'dek' jelah mula nya.
# Al-kisah aku masih gak tertanya2 sapa kah gerangan nya.
# Rasa ingin tahu katakan a.k.a busybody mode da...
# Jadi rasa ingin tahu tu bawak aku klik kat profile hamba ni.
# Sekali aku tengok gambar dia, suma gambar berpurdah.
Bahasa Arab:Purdah disebut sebagai Niqab
# Makin lah aku tertanya-tanya, sapakah sahabat ku yang berpurdah.
# Pastu aku g usha lak kat wall dia...
(memang tgh dalam mode busybodylah aku, 'tapi' rasa ingin tahu aku memuncak lah pulak, pelik kan)
# Kat wall dia aku jumpalah da org komen, dalam bahasa fav aku (tentulah bahasa melanau, aku kan gadis melanau, walau tak berapa original lah, bab kadang2 broken melanau jugak aku lantak. hiii) 
# Kalau camtu mesti dia orang kampung aku, tp siapa ya... kemushkilan melanda... urm...
# Lagi2 busybody mode, urm... aku tengok relationship dia, mana tau aku kenal sapa2.. tapi sah2 aku tak kenal sorang pun.
# Jadi aku bertekad nak buat penyiasatan secara terperinci (cewah, ala2 007 lak,layak tak rasanya??? hahaha... perasan!!)
# Aku g usha gambar org terdekat dengan dia...
# Usha punya usha punya usha...(ade gak berapa kali round entah gambar/album mak dia aku tgk...)
# Kebanyakan ada dia aku pat tangkap bab dia sorang je guna purdah. hihihi..
# Dah pusing2 tgk, mujur jugak aku terjumpa 1 gambar ni, yang da gambar dekat dia.
# Aku tenung tol2.. tenung punya tenung, punya tenung, punya tenung... urm.. berapa kali punya tenung lah.. 3 kali je... heee...Subahanallah... rupanya kawan aku masa belajar lu.. (dapat juga aku teka akhirnya, dari mata je tu, maksud nya ku take care ngan kawan2 aku, wlau dengan mata aku dapat kenal dia.. hahaha... bangga sey)
# Besar kuasa ALLAH kan.
# Lama aku tak jumpa dia, tp aku tak heran sgtlah dia pakai purdah, bab dia mmg bek n masa belajar dulu dia memang bertudung labuh, ayu gitu.
O.K tak???
# Sapa kata budak 'Engineering' tak leh tudung labuh.. habaq mai, sapa berani cakap mcm tu...
# Tapi penghijrahahan dia mmg aku senyum dan syukur.
# Aku bangga ada kawan macam tu.. 
# Dalam lubuk hati aku, tefikir lak, bila kah hati aku akan kuat buat benda yang sama.
# Dalam hati memang dah ada, tp entah.. aku sendiri pn tak ada jawapan nya...
# Tapi aku secara iklas dan jujurnya wanita bertudung labuh dan bernikab itu cantik.. aku suka sangat tengok.. hihihi..
# kesimpulan dari cerita ni: Kalau aku masuk CSI aku diterima tak agak nya??? hahaha...

~~~~~~~~Dunia ini adalah Hiasan dan Sebaik-baik hiasan adalah Wanita Solehah~~~~~ InsyaALLAH... Semoga kita semua menjadi salah seorang di kalangan mereka... (^_^)






Monday, November 28, 2011

Aku Suka Bila kau Cemburu

& Orang cakap, "Cemburu tu berpada".
& Masalahnya jugak bila dia tak cemburu kan.
& Patut pun kawan aku selalu cakap, perempuan ni sukar dimengerti.
& Cemburu bising, tak cemburu pun bising.
& Aku lak kalau dia ada bunyi cemburu aku suka, bab aku rasa pa yang dia rasa.
& Jadi aku tak akan buat dia selalu cemburu.
& Bab aku tak lah jahat sangat kot. hihihi.. (^_^)
& Aku nakal sikit je.
& Yang aku tahu antara kami rahsianya tak banyak. (mesti lah da lagi rahsia, klu da suma bukak karang, pa yang tinggal kalau dah nikah karang kan)
& Aku nak kenal dia dan dia perlu kenal aku.
& Supaya kitorang takkan ada rasa serba salah dalam perhubungan.
& Sebab lau kawan-kawan yang dah kawen cakap, sekarang korang tak biasa, tapi karang kalau dah nikah benda tu dah jadi biasa n korang akan faham sesama sendiri.
1+10=11
& Itu yang aku tunggu kot.
& Tapi langkah ku agak jauh lagi. InsyaALLAH... Mudahan doa aku, dia, keluarga dan bakal keluargaku akan dimakbulkan..
& Semoga kami diijab kabul dengan selamat.
& Tiap kali aku dengar atau sebut 'Ijab Kabul' aku mesti rasa gelabah tapi seronok. Hahaha.. gatai..
& Macam ni ke rasa orang yang akan tempuhi alam yang satu tu.
& Permulaan alam percintaan. Cewah.. hahaha...
& Pa pun aku bersyukur bertemu dia, insan yang akan bersama dengan ku tempuhi hidup kemudian.
& Doa kesyukuran ku panjatkan kepada maha Pencipta kerana menemukan aku dengan nya, walau pun aku asyik kena buli.. Waaaaa...
& Aku suka bila dia buli, bab aku pun dua kali lima.. bergurau katakan. hahaha..
& Aku suka dia cemburu, tapi kadang-kadang kesian, tapi aku sentiasa berharap dia akan paham, kerana sekarang hanya dia. dah kena cop mohor dah, temporary.. hahaha..
& Permanent, akan datang le.. InsyaALLAH.. Doa-doakan ye..



Thursday, November 24, 2011

Hai Blogger...

Yo, what's up geng?
  • Lama dah tak menulis.
  • Kepala dah beku gak.
  • Aku pun tak tau dah ape yang nak aku coretkan... 
  • Kadang2 aku lupa gak aku ada blog. huhuhu
  • Ku nak buat keje syok sendiri jap..
  • Lepas ini aku akan cuba mula utk update segalah berbuatan dan kelakuan aku.
  • Kenangan aku... Cerita aku.. Aku menangis  Aku Ketawa...


***Kehidupan itu terselit cerita yang akan kita akan ingat walau dalam jangka masa yang lama atau sepitas kilat***

Sunday, September 4, 2011

Daro-Sarikei-Kuching


  • Lama dah tak mencoretkan / menconteng.
  • Malam ni rasa rajin sikit (sebenarnya tak pat tido... lam bas tadi melantak tido yang amat)
  • Aku baru balik dari Kampung, balik raya you...
  • Jiwa masih kat kampung lagi ni
  • Rasa tak puas(biasalah, manusia sll rasa tak puas memanjangkan.. ish3)
  • Perjalanan Daro-Sarikei relex je.. kebetulan feri tak r lama tunggu... just kena tahan bau rokok er... (lau org tu baca tau la sapa)
  • Batuk ku sampai sekarang tak ilang2 dh...
  • Tido semalam kat Sarikei
  • Sarikei - Kuching (Bas Bintang Jaya, 1500)
  • Tapi bas pandai lak melewatkan keadaan... punya lah lama aku ngan abang menunggu, dekat kol 1600 baru lah datang... kesian tgk abg kena tunggu..
  • abeh, bas yang sepatutunya bertolak kol 1500, kena bertolak kol 1600..
  • Alahamdulillah, kol 2130 sampai Kuching.. (5 jam 1/2)
  • Lama dah aku tak naik bas.. pening gak kepala ni..
  • dah anak gadis belakang kerusi aku duk pancit minyak wangi je sepanjang perjalanan.. entah.. aku dh naik mual dah.. dh r memeng sgt lah mewangi n meloyakan.. tp mujur r pat tahan... klu tak terpaksalah penumpang len menghidu aroma yang sukar di cari... aroma minyak wangi asli.. hahaha
  • Dekat nak sampai Kuching, kena tahan polis lak.. sanya OPS sikap kot...
  • Kitorang di arahkan keluar kan kad pengenalan (rasa pendatang lak), al kisah budak duduk sebelah aku ni, punyalah nervous, sampai tak jumpa i.c dia.. cian aku tengok dia mengelabah.. macam r dia buat salah..
  • dalam beberapa saat gak abang polis tu tunggu dia ambik i.c
  • akhenya jumpa, tp dia tunjuk belakang i.c kat abang polis tu
  • bila saja abag polis tu belah dia boleh tanya dengan selamba kat aku, apa yang terjadi...
  • aku mana lah tahu.. aku pn duduk tepi dia je.. dah r tanya dengan muka blur.. rasa nak ketawa je, tp kesian gak... muka dia masih polos lagi.. hahaha...
  • tp alhamdulillah kitorang tak kena tahan lama sangat.. klu kena tahan sampai pagi kat balai, da gak buat pengalaman.. hahaha...
  • aku dh fikir dh, lau kena tahan terpaksa kol opis ckp tak pat pergi kerja sok.. hahaha
  • Tp, alahamdulillah, aku dh selamat sampai rumah dah sekarang ni...
  • ni dh bersedia nak tido dah..
  • Bulan 9 datang dengan senyuman..
  • Bulan yang sibuk untuk aku...
  • Esok dah keja dah, mood ni masih raya pulak.. hahaha
  • Apa2 pn.. selamat hari Raya... maaf Zahir & Batin..

Sunday, May 22, 2011

Awak, Saya dan Cinta

Teringat dimula perkenalan awak dan saya
kita berada di dalam bidang kerja yang sama
perkenalan kita hanya melalui talefon permulaannya
pertama kali sy kol awak, sy mmg dh cuba kacau awk
sebab sy ni mmg budak nakal, hobi mmg mengacau.. :p
kebetulan kwn dh cakap yang awk orang sabah
jadi sy saja2 nak kacau awk guna bahasa sabah
tp kedengaran di telinga awk peramah jugak org nya
jd sy jd malu lah pulak...
Jadi terus kembali ke agenda awal..
Begitu lah keadaan kita sehinggalah berlakunya pertemuan yang pertama

Pertemuan petama kita pn atas urusan rasmi
Masa tu sy dengan kawan2 sy..
Sy tengok awak diam je.. macam sombong, tapi saya tahu awak baik orang nya
Bila kitorang kacau awak, awk jadi malu
Masa tu sy bukan men lah seronok kacau awk..
Tapi awk ttp tekun memandu, ayat awak selalu.. fokus lah katakan
Masa memandu, sy dapat tengok awk senyum sambil menjeling
Sebab masa tu sy duduk kat belakang awak je
Manis lah sangat... aduh, mujur lah tak jatuh cinta pandang pertama
Kalau tak merana diri.. hahaha.. (^_^)
Tapi sejujurnya hati ini tertutup masih...

Beberapa hari di sana masih juga tidak berjumpa
Sehinggalah urusan rasmi sy berakhir
Baru dapt berjumpa lagi...
Dan awk tetap awk, pendiam lagi cool je
Senyum tak pernah lekang dari bibir awk
Awk, awk tahu tak bila tengok senyuman awk sy jadi sejuk.. hihi
Tengok awk diam sy pun tak berani nak tegur
Jadi saya mesej awk ucap terima kasih
Tapi sy tak sangka awk balas mesej sy..
Sy seronok
Sy senyum, namun sampai situ je lah

Dan rutin kita kembali seperti biasa
Berhubung melalui telefon
Namun sekarang sudah ada bibit gurauan antara kita
Sy mula seronok, sy gembira ada kawan baru seperti awak

Tanpa disedari pertemuan pertama bukan bermaksud pertemuan terakhir kita
Sy kembali kepada awk dengan urusan baru
Tapi masih macam pertemuan pertama
Hambar dan hanya suara kecil dan senyuman yang terukir
Lagipun sy berseorangan, tiada lagi teman yang boleh dengan sy buat perangai
Takottt... hihihi
Pertemuan kedua kita pun berakhir
Bosan kan???

Namun pada suatu hari ada kesedihan melanda hati
Kesedihan yang sy sendiri cari
Kesedihan yg membawa sy kepada awk
Semua yang sy buat tidak dapat ubati
Hanya doa pada NYA saya panjati
Pada masa itu lah awak datang
Awak, tahu tak awk lah pengubat hati
Kita mula leka bermesej
Sehingga saya rasa tenang dan keresahan hati semakin pudar

Awak selalu buat saya tersenyum
Awak buat saya ketawa
Awak sentiasa ada cara buat saya tenang
Saya pun tak tahu kenapa AWAK
Semakin hari hubungan kita semakin rapat
Kata-kata awk selalu menjadi peneman sy
Hati sy kembali bersemangat
Awk, awk buat saya selesa dengan awak
Awk, awk lah pendorong sy
Walaupun jauh, awk tetap jaga sy

Namun, tanpa disedari kawan2 berusaha menjodoh kan kita
Saya dapat tahu respon dari awk baik sangat
Rasa tak percaya
Sangat lucu kan...
Sebab tak tahu apa sebenarnya cerita
Awk pn tak pernah terus terang
Sy tak tahu awk

Namun begitu
Hati saya tiba2 berbunga
Apakah maksudnya
Tapi saya takut untuk memulakan
Jadi kita teruskan mesej tak berhenti
Hari demi hari hubungan kita semakin rapat
Teringat bila awk sampaikan hasrat nak jumpa keluarga sy
Sy tergamam sebenarnya
Sy ingat awk main2
Tapi ya seronok bila awak memang maksudkan
Awk bersungugh-sunguh
Sekali lagi sy jatuh hati dengan awk
Hati saya makin tenang..
Saya rasa saya betul-betul dah jatuh hati dengan awak
Masa itu, doa yang saya panjatkan pada Ilahi
Syukur alahamdulillah..

Bila kita bersama, kawan2 pn turut gembira
Sebab kawan2 sy pun kawan2 awk jugak
Saya harap doa diorang sentiasa iringi perjalanan kita
Tidak lupa doa keluarga..
Diharap semuanya berjalan lancar... ~to be continue~

"'Ya ALLAH, aku panjatkan doaku kepada-MU Ya ALLAH.. permudahkan lah langkah kami dan lancarkan lah segala perancangan kami, sesungguhnya hanya kepada-MU kami bermohon Ya ALLAH... amin"

Sesungguhnya cinta diperteguhkan oleh agama...
Cintailah dia kerana agamanya
dan bukan kerana dia belajar agama..
InsyaALLAH... (^_^)








Saturday, May 7, 2011

08 MEI 2011_Hari Ibu


Tanggal 08 Mei 2011, Hari Ibu kembali
Kerinduan ku melimpah ruah untuk mu Ibu
Pn. Hjh. Hasiah Binti Haji Busnak
anak mu terlalu mencintai mu...

Mak, bergenang airmata q
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu dikorbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat q balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu Mak

Mak, ampunilah dosa anak mu mak
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aq harapkan
Kerana di situ letak syurga q

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala q kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Mak yang telah melahirkan diriku
Ya Allah, aq bermohon kepada-MU Ya Allah
KAU jagalah mak q disetiap nafas nya Ya ALLAH..
di dunia dan juga akhirat..
-AMIN-

Mak, anakmu ini sayang mak sangat-sangat
Rindu Mak sangat-sangat
Disetiap nafas q ada kamu dihati q mak
Terima Kasih Mak
Muah.. (^_^)

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa Orang Perempuan...

Kenapa org perempuan malu nak gtahu yg da dah suka dgn seseorang... aQ nak tunaikan janji aQ yg lepas, wlau takde sape yg baca pown.. hahaha...

Sebenarnya aq pun tak pasti nape perempuan tak nak meluah perasaan. mungkin macam lelaki jugak, dia takut dikecewa kot.. tp kan kdg2 de gak yang nak cakap dia bagi hint.. tp biasanya lelaki tu buat tak paham je.. so kekerasan hati dia telembut balik, jadi tak lah nak g tahu.. jadi tunggu lah lagi..

Tapi aq perasan gak lelaki pun sama gak. Selalu bagi hint tp perempuan tu pulak yang berkeadaan yang sama, tak paham. payah kan, tp bagi aq, kena r luahkan baru lah sid dia tahu pa posisi sebetulnya. Tapi kalau masih tak keras hati simpan lah je kan.. kita tengok sejauh mana hubungan tu berlangsung. Jadi keluarlah ayat2 standard:

"Kalau da jodoh ada lah"

Tapikan aq percaya dengan jodoh yang Allah bagi kat kita. Yang penting ada doa dan usaha. Ingat aQ zaman sekolah dulu sorang cikgu aQ yg suka sangat mencubit pelajar2 nya pernah berkata...

"Doa+Usaha+Ikhlas+Tawakal=Kejayaan"

Sunday, April 24, 2011

Luah Perasaan

= Hari ni da sorang sahabat mintak petua. nak tau petua pa???
= "Petua meluah perasaan" (aQ baca pn aQ gelak sendiri)
= aQ tahu ke? mcm doktor cintalah pulak... hahaha
= aQ pendekkan cita aku habaq kat dia cam ni:

" ompuan kdg2 suka org yg terus terang... mcm kata org lamk.. takkan perigi nak cr timba kan... just keluarkan lah.. tp awak perlu terima bresikonya, sedih atau gembira.. kehidupan kan ada resiko... kena sentiasa bersedia.. "
So, terus terang je penyelesaiannya...

= O.k tak nasihat aQ
= tu ape yg aQ rasa sebagai perempuan lah..
= mcm mana pn nak jugak org lelaki yg ckp dulu.. hihihi (jiwang tol aQ saat ini)
= Tpkan, macam kwn aQ ckp lak, tak salah ompuan gitahu lu... dunia dah berubah...
= Tapi terfikir gak aQ camner nak gtau...
= Kenapa ompuan malu nak gtahu eyh???
= to be continue... (aQ nak fikir lu kenapa... nanti aQ sambung eyh...)

---> kehidupan ada resiko, itu yang perlu kita sedar... sama da baik buruk, gembira sedih... yang penting.. kita mulakan dengan Niat yg baik n bersedia dengan apa je yg bakal kita terima.. <---

Cinta antara Kita


= Suka je dengar lagu ni... part musik... (relex je, mcm di awang-awangan.. -bahaya tol-)
= Suka lirik yang ni:-

"Hanya menunggumu
menyatakan kau cintaku
ku kan berjanji
menyintaimu sayang..."

"mungkin ku harap jua
kau merinduku
sepertiku merindumu"

= Lirik yg len tu ngarut je. (suka-suki aQ je keluarkan statement,hihihi... i'm sorry)
= Lirik tu aQ nak tujukan katorg yg selalu panggil aQ Sweetheart dua tiga menjak ni. (ala2 sweet gitu)
= Tapi tu r, tu hanya ilusi je, bukan kenyatan sebenar (ini bukan benar-benar, cobaannnn...)
= Kenyataan sebenarnya tiada maksud apa-apa. (aQ kuat perasan kit... adoi!kantoi)
= Tapi klu tol ade dia bacalah benda yg aQ mengarut ni, mesti dia gila gelakkan aQ balik.

------(^_^)-------

---> Empat hal yg mendatangkan kebahagian iaitu:-
+ Buku yg bermanfaat
+ Anak yg berbakti
+ Isteri yg dicintai
+ Kawan yg soleh
B.A.I.K (^_^)<---------------------------

Dan ALLAH lah yg menggantikan keseluruhannya.<----

aQ tak Lah Quat Sangat



= Hari ini hari Ahad...
= Semalam hari Sabtu...
= Esok hari Isnin...
= Lusa Selasa..
= Tulat Rabu
= Pastu Khamis, Jumaat (tak tahu nak namakan dah)
= Lepas tu masuk bulan baru, maksudnya bertambah lagi umur.
= Setiap hari mesti ada cerita baru
= Cerita:
+ Gembira = buat kita senyum
+ Sedih = buat kita murung & nangis
= Minggu ni banyak sangat cerita sedih yang buat aQ nangis...
= Cerita buat aQ ketawa pun ada.
= Lebih bek cerita tentang benda yang boleh buat kita ketawa..
= Sebalik ketawa ada sedihnya,,,
= apa yang aQ mengarut ni????
= aQ saje je habis kan masa menaip.. tapi kalau boleh jangan terlalu ingat benda yang sedih k..
= SENYUM... (^_^)
= La Tahzan... (sebenarnya saja nak kongsi video nie... hihihi)


------->jangan bayangkan kebahagian yg lebih besar drpd apa yg dirasakan saat ini,
supaya tidak kehilangan apa yg dimiliki saat ini.
Jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, krn ia beerti keinginan untuk
mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.<-------

Satu Permulaan

= Ini adalah satu permulaan untuk aQ
= diharap Permulaan bukan pengakhiran..
"semua pemenang tiada pengalah"

= Lama dah nak buat blog sendiri, tapi tak terbuat. = Tujuan buat Blog:
+ isi masa lapang (lapang lah sangat)
+ penghargaan (rasa dihargailah pulak-->perasan)
+ mane tau leh kongsi Ilmu (InsyaALLAH)
+ tempat mengarut... (mmg pown sgt suka mengarut.. hihihi)
----------> Orang yang tidak bahagia dirumahnya tidak akanbahagia di tempat lain.
Orang yang tidak dicintai keluarganya tidak akan dicintai sesiapa pun.
Orang yang menyia-nyiakan hari ini akan menyia-nyiakan hari esok. <-------------